AFP

Beijing: Gempa bumi bermagnitud 7.3 menggegarkan Qinghai, wilayah di barat laut China pada awal pagi Sabtu, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Bencana itu susulan gempa bumi di barat daya negara itu yang mengorbankan dua orang.

Pusat gempa dalam kejadian di Qinghai pada 2.04 pagi waktu tempatan itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km) dan terletak 400 km di barat daya bandar Xining, menurut USGS.

Bencana itu awalnya dikatakan bermagnitud 7.4 tetapi penilaian semula menjadikannya magnitudnya kepada 7.3.

Wilayah yang kurang penduduk itu terletak sepanjang dataran Tibet.

Pada 2010, gempa bumi bermagnitud 6.9 di Qinghai menyebabkan 3,000 orang maut atau dilaporkan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 10:27 AM