ANTARA gambar yang disunting dan dimuat naik lelaki itu ke Instagram. FOTO Agensi
ANTARA gambar yang disunting dan dimuat naik lelaki itu ke Instagram. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Seorang lelaki berusia 53 tahun berjaya mengumpul lebih 13,000 pengikut di Instagram (IG) selepas memuat naik gambarnya yang disunting menjadi seperti wanita berusia awal 20-an.

Oddity Central melaporkan menerusi keterangan di akaun zaitaku_iyada, lelaki itu secara terbuka memberitahu yang dirinya bukan wanita.

Sebaliknya, dia sekadar menggunakan aplikasi FaceApp untuk menyunting gambarnya.

Dia dikatakan ketagih menggunakan FaceApp selain suka menghabiskan masa dengan mengambil gambar swafoto, menyunting sebelum memuat naiknya di media sosial.

"Saya seorang lelaki berusia 50 tahun yang bekerja dari rumah.

"Saya sukakan aplikasi FaceApp dan akan memuat naik gambar yang disunting dengannya," tulisnya di IG.

Kisah lelaki itu tular di media sosial Jepun sejak beberapa bulan lalu.

Rata-rata netizen tidak percaya gambar itu disunting kerana ia kelihatan asli.

Segelintir daripada pengguna internet kurang senang apabila mengetahui pemilik akaun itu rupa-rupanya seorang lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 7:45 AM