ANTARA wad untuk pesakit Covid-19 di sebuah hospital di India. FOTO EPA
ANTARA wad untuk pesakit Covid-19 di sebuah hospital di India. FOTO EPA
AFP

New Delhi: India merekodkan 200,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menurut angka rasmi pada Khamis.

Jangkitan dalam sehari meningkat dua kali ganda sejak awal April, dengan jumlah keseluruhan kes adalah 14.1 juta.

India juga merekodkan 1,038 kematian semalam, menjadikan angka korban keseluruhan kepada hampir 175,000.

Minggu ini, negara itu mengatasi Brazil daripada jumlah kes sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, di belakang Amerika Syarikat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 2:47 PM