GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Taipei: Kerana cemburu, seorang wanita di Sihu, Taiwan nekad mengerat kemaluan kekasihnya sebelum dibuang di saluran tandas bagi mengelak ia disambung semula.

Wanita berusia 40 tahun itu dilapor berbuat demikian sebelum menyerah diri pada Rabu lalu disebabkan marah kekasihnya ada kawan perempuan dan rapat dengan beberapa orang daripada mereka.

Dia dikatakan menggunakan gunting untuk mengerat zakar lelaki itu ketika mangsa tertidur selepas makan mi ayam.

Polis memberitahu, ketika soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan terbabit tanpa menggunakan pil tidur mahupun dadah lain.

Doktor yang merawat mangsa dikenali Huang, 52, berkata, pihaknya melakukan pembedahan segera dengan memasang alat kemaluan tiruan supaya lelaki itu boleh menikmati hubungan kelamin lagi.

Dia dilapor masih dirawat di Hospital Changhua Christian.

Jiran mangsa memberitahu pasangan itu menjalin hubungan selama 10 bulan dengan suspek dikenali Phung cemburu berikutan suspek mempunyai ramai kenalan perempuan dan rapat dengan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 6:32 AM