GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Mumbai: Sebanyak 10 bayi meninggal dunia selepas sebuah wad di sebuah hospital di Maharashtra, barat India, terbakar.

Bagaimanapun. tujuh daripada bayi lain dapat diselamatkan.

Doktor di hospital berkenaan mengesahkan mangsa adalah bayi itu berusia antara beberapa hari dan tiga bulan.

"Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan. Tetapi kakitangan berjaya memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api. Asap menyebabkan bayi berkenaan mati kerana sesak nafas," katanya.

Jururawat bertugas memberitahu bahawa melihat api merebak dari unit neonatal dan kemudian memberikan amaran.

Briged kebakaran berjaya menghentikan kebakaran daripada merebak ke bahagian lain di hospital berkenaan.

Susulan kejadian, pihak berkuasa mengarahkan siasatan terperinci berhubung kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 12:45 PM