GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Los Angeles: Kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS) melebihi 109,000 kes pada 2022, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis.

Hampir 70 peratus daripada jumlah korban itu membabitkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.

Menurut CDC, dari bulan Januari-Jun 2020 hingga Julai-Disember 2022, peratusan kematian meningkat sebanyak 73.7 peratus.

Memperkukuh dan memperluas perkhidmatan kesihatan awam untuk mengatasi risiko pengambilan bahan itu secara berlebihan mungkin dapat mengurangkan risiko kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2024 @ 10:22 AM