MESKIPUN suhu air mencecah enam darjah Celsius (C) dan suhu udara di atas paras beku, ia tidak menghalang mereka untuk masuk ke dalam air. FOTO AFP
MESKIPUN suhu air mencecah enam darjah Celsius (C) dan suhu udara di atas paras beku, ia tidak menghalang mereka untuk masuk ke dalam air. FOTO AFP
AFP

Washington: Puluhan orang terjun ke perairan di Boston Harbour, Isnin lalu, bagi meneruskan tradisi sambutan Tahun Baharu, Polar Plunge, yang bermula sejak 120 tahun lalu.

Meskipun suhu air mencecah enam darjah Celsius (C) dan suhu udara di atas paras beku, ia tidak menghalang mereka untuk masuk ke dalam air.

Beberapa individu memakai topeng hoki atau baju pasukan kegemaran mereka, manakala yang lain memakai pakaian perayaan termasuk seperti kostum Santa Claus.

"Bagi memulakan tahun baharu dengan cara ini, saya rasa seperti saya keluar dari air dan dilahirkan semula.

"Saya betul-betul lakukannya. Maksud saya, saya kesejukan tetapi saya berasa sangat baik.

"Hanya itu cara untuk memulakan tahun baru anda...," kata Ruth Tannert, 65,, dari Roslindale di Massachusetts, kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2024 @ 4:12 PM