GAMBAR dirakam ketika Perseverance mendarat di Marikh. FOTO NASA/ AFP
GAMBAR dirakam ketika Perseverance mendarat di Marikh. FOTO NASA/ AFP
AFP

Washington: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menyiarkan pemandangan panorama planet Marikh tapak pendaratan Perseverance.

Ia menunjukkan pemandangan dekat kawasan dikenali sebagai Kawah Jezero ketika kenderaan peninjau mendarat minggu lalu.

Gambar diambil menggunakan kamera berputar 360 darjah pada Perseverance. Kenderaan itu turut mempunyai kamera boleh zoom dan dapat merakam imej dan video definisi tinggi.

GAMBAR panorama Marikh. FOTO NASA/ AFP
GAMBAR panorama Marikh. FOTO NASA/ AFP

Sebanyak 142 foto yang dirakam itu kemudian digabungkan untuk di bumi.

NASA berkata, peninjau itu membantu saintis untuk menilai sejarah geologi dan keadaan atmosfera di Kawah Jezero dan mengenal pasti batuan dan sampel lain untuk dibawa pulang ke bumi.

GAMBAR dirakam ketika Perseverance mendarat di Marikh. FOTO NASA/ AFP
GAMBAR dirakam ketika Perseverance mendarat di Marikh. FOTO NASA/ AFP

Pada Isnin, NASA turut mengeluarkan rakaman audio pertama yang diambil dari Marikh, yang dirakam mikrofon peninjau itu.

Selain itu, ia turut mengeluarkan imej pendaratan Perseverance di planet berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 8:51 AM