BERNAMA

Washington: Polis mengenal pasti mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam mulut seekor buaya pada petang Jumaat berhampiran Teluk Tampa, Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Syerif Daerah Pinellas mengenal pasti wanita itu sebagai Sabrina Peckham, 41 tahun.

Punca kematiannya sedang dalam siasatan, menurut United Press International (UPI).

Penguat kuasa undang-undang menerima panggilan mengenai buaya itu, yang berada di dalam air di Largo, Florida, kira-kira 1.50 tengah hari, lapor WTSP.

Pegawai menemui seekor buaya jantan berukuran 4.2 meter di kawasan 134th Avenue North dan 121st Street North.

Reptilia itu kemudian dibunuh secara berperikemanusiaan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat sheriff.

POLIS menemukan mayat wanita di dalam mulut buaya di Teluk Tampa, Florida. FOTO Agensi
POLIS menemukan mayat wanita di dalam mulut buaya di Teluk Tampa, Florida. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2023 @ 12:25 PM