JC La Verde. FOTO Agensi
JC La Verde. FOTO Agensi
Agensi

Miami: "Saya hanya dapatkan rasakan gigi aligator itu," kata JC La Verde, 34, mengenai serangan aligator di Tampa, Florida, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Aligator adalah sejenis reptilia besar yang rupanya seakan-akan buaya dan biasanya boleh ditemui di tasik dan sungai.

Video Verde diserang seekor aligator sepanjang 3.6 meter itu kemudiannya tular di media sosial.

Verde, 34, berkata, dia sedang berenang sambil membuat rakaman video untuk kegunaan syarikatnya.

Namun, tiba-tiba, dia berasakan sesuatu menggigitnya sebelum kepalanya berada di dalam mulut reptilia itu.

Menerusi rakaman video, aligator berkenaan 'mengintip' Verde yang sedang berenang di tasik itu sebelum menyerangnya.

Lelaki itu tidak dapat melihat haiwan yang menyerangnya kerana tidak memakai gogal pada masa kejadian.

Dia yang juga seorang anggota bomba dan paramedik terlatih kemudian bergelut dengan haiwan itu bagi melepaskan diri.

"Sebaik dapat rasa gigitan itu, saya sudah tahu (diserang aligator).

"Ketika haiwan itu menyerang, saya berterusan untuk mengeluarkan kepala dari mulutnya," katanya.

Dalam keadaan cedera, Verde berusaha untuk berenang ke tepi jeti sebelum dikejarkan ke hospital oleh orang awam, lapor ABC13.

Verde juga sempat menghubungi talian kecemasan bagi memaklumkan kecederaan parah di kepalanya.

Pembedahan membetulkan semula struktur tengkoraknya yang mengambil masa enam jam, dan dia kini terpaksa memakai topi keledar khas bagi melindungi bahagian kanan kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 1:00 PM