Steven Phan bersama isterinya Britanny. FOTO Agensi
Steven Phan bersama isterinya Britanny. FOTO Agensi
Agensi

Miami: Kegembiraan seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) sewaktu berbulan madu bertukar duka apabila suaminya meninggal dunia di depan matanya akibat lemas ketika melakukan aktiviti selam permukaan (snorkeling)

Lebih malang lagi apabila ada pencuri mengambil kesempatan mencuri barangan milik pasangan itu ketika kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu.

Steven Phan, 49, dari California, dilaporkan menjalankan aktiviti snorkeling di Hawaii berhampiran Electric Beach bersama isterinya, Brittany sebelum lemas.

Nelayan berhampiran menariknya ke pantai dengan orang ramai melakukan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau CPR untuk menyelamatkannya.

Pasukan kecemasan dipanggil kira-kira jam 10.30 pagi sebelum menemui Steven dalam keadaan kritikal.

Malangnya Steven tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hadapan isterinya.

Dalam waktu mencemaskan itu, Brittany melihat seorang individu mencuri beg galasnya bersama semua barang berharganya termasuk kunci kereta sewa.

Individu berkenaan mencuri telefon bimbit, dompet, wang, pakaian juga kereta sewa mereka.

Menurut KHON2, Brittany kini terkandas di Hawaii ketika cuba mendapatkan pengenalan baru untuk terbang kembali ke Bay Area bagi menghadiri upacara pengebumian suaminya

"Kami semua terkejut, tidak percaya, dan sedih atas kehilangan seorang lelaki yang hebat seperti Steven.

"Steven sentiasa mencari cara untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang, tidak kira jaraknya.

"Steven adalah kawan sejati dan suami yang luar biasa, Steven akan sangat dirindui oleh semua orang," kata pengumpul dana dalam ucapan ketika memberi penghormatan kepada Steven.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2023 @ 12:59 PM