SCOTT didakwa menjual 20 kotak berisi anggota badan kepada seorang lelaki yang dikenalinya di FB.
SCOTT didakwa menjual 20 kotak berisi anggota badan kepada seorang lelaki yang dikenalinya di FB.
Agensi

Little Rock, Amerika Syarikat: Bekas pekerja rumah mayat di Arkansas didakwa atas pertuduhan menjual 20 kotak berisi anggota badan kepada seorang lelaki yang dikenalinya di Facebook (FB).

Metro UK melaporkan, Candace Chapman Scott didakwa mencuri tengkorak, tulang dan gigi daripada mayat di sekolah perubatan dan menjual kepada seorang lelaki di Pennsylvania, dengan harga hampir 9,000 pound sterling (kira-kira RM50,180).

Wanita berusia 36 tahun itu bekerja di Arkansas Central Mortuary Services, di mana sebahagian daripada tugasnya adalah mengangkut, membakar dan menguruskan mayat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada Oktober 2021 dengan menawarkan otak yang kepada pembeli.

"Adakah anda mengenali sesiapa di pasaran untuk (membeli) otak?," tulisnya menerusi satu hantaran di FB.

Walaupun pembeli tidak dikenal pasti dalam dakwaan persekutuan, pertuduhan berasingan di Pennsylvania, menamakan pembeli sebagai Jeremy Lee Pauley, dari Enola.

Mengikut pertuduhan, dalam tempoh sembilan bulan berikutnya, Scott menjual kepada Pauley dengan bahagian tubuh badan antaranya janin, jantung, alat kelamin, paru-paru, kulit dan otak.

Dia juga menjual itu janin pada harga diskaun dengan menulis ia tidak dalam keadaan baik.

Scott, seorang penduduk Little Rock, mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan, termasuk konspirasi untuk melakukan penipuan mel, penipuan mel, penipuan kawat (wire fraud), penipuan, konspirasi pengangkutan antara negeri bagi harta curi dan pengangkutan antara negeri untuk harta curi.

Berikutan kesalahan itu, Scott ditahan di penjara sementara menunggu prosiding permohonan ikat jamin.

Pendakwa raya dalam hujahnya berkata, Scott harus kekal dalam penjara sehingga perbicaraan, lapor Arkansas Democrat Gazette.

Sementara itu, penolong pendakwa raya Amanda Jegley memberitahu Majistret J Thomas Ray pada Jumaat yang defendan mungkin terdorong untuk melarikan diri dengan prospek hukuman penjara yang panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 12:19 PM