ABIGAIL Kawananakoa. FOTO AP
ABIGAIL Kawananakoa. FOTO AP
AFP

Honolulu: Wanita digelar sebagai puteri terakhir Hawaii dilaporkan meninggal dunia, menurut satu pengumuman istana pada Isnin.

Abigail Kawananakoa tidak mempunyai gelaran rasmi, tetapi adalah sebahagian daripada golongan bangsawan yang keturunannya memerintah Hawaii sehingga digulingkan oleh peneroka komersial pada akhir abad ke-19.

Pewaris itu yang digelar oleh sebahagian penduduk pulau itu sebagai 'alii terakhir' - perkataan Hawaii yang merujuk kepada diraja, meninggal dunia pada Sabtu, menurut kenyataan Istana Iolani.

Tiada punca kematian untuk wanita berusia 96 tahun itu, tetapi laman web Hawaii News Now menyatakan bahawa beliau mempunyai masalah kesihatan.

Gabenor Hawaii Josh Green mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang, sehingga petang Ahad.

Abigail, cicit kepada ahli perniagaan Ireland yang perniagaan gulanya menjadikan beliau begitu kaya, diambil sebagai anak angkat oleh keluarga diraja pada usia lima tahun, lebih tiga dekad selepas keluarga diraja digulingkan.

Kepulauan Hawaii menempatkan beberapa ketua puak yang bebas sehingga disatukan dalam satu kerajaan pada awal abad ke-19 di bawah dinasti Kamehameha.

Ia berdagang secara bebas dengan negara berdaulat lain sehingga diilhak dan dijajah oleh Amerika Syarikat (AS) pada 1898.

Hawaii kemudian menjadi negeri ke-50 dalam persekutuan AS pada 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 12:07 PM