FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Washington: Seorang pemuda di Ohio, Amerika Syarikat (AS) koma dan terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan akibat disengat lebah lebih 20,000 kali.

Media tempatan melaporkan, Austin Bellamy, 20, koma Selasa lalu selepas secara tidak sengaja terpotong sarang lebah ketika memotong pokok.

Ibunya, Shawna Carter berkata, dia pengsan sebaik mengetahui insiden yang menimpa anaknya itu menerusi panggilan telefon.

"Doktor terpaksa mengeluarkan kira-kira 30 lebah dalam badannya lebih sehari.

"Bellamy kini dirawat menggunakan ventilator," katanya.

Susulan itu, Carter melancarkan satu halaman bagi mengumpul dana secara dalam talian untuk membiayai kos rawatan anaknya.

Jumaat lalu, Bellamy sedang memotong dahan pokok limau apabila dia secara tidak sengaja terpotong sarang lebah spesies pembunuh Afrika dan disengat lebih 20,000 kali, menurut kenyataan Carter dalam laman itu.

Neneknya, Phyllis Edwards memberitahu Fox 19, cucunya itu sedang memotong dahan ketika lebah itu secara tiba-tiba keluar.

"Dia cuba turun ke bawah tetapi tidak sempat.

"Kami mendengar dia menjerit meminta tolong tetapi kami tidak dapat membantunya kerana saya juga diserang lebah ketika cuba menyelamatkannya menggunakan tangga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 10:48 AM