HADI Matar didakwa cuba membunuh Salman Rushdie. FOTO AFP
HADI Matar didakwa cuba membunuh Salman Rushdie. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Suspek yang menyerang novelis terkenal Salman Rushdie menggunakan pisau minggu lalu mengaku tidak bersalah dan ditahan tanpa sebarang ikat jamin, lapor Sputnik memetik laporan Buffalo News pada Khamis.

Suspek, Hadi Matar, 24, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua, menurut laporan itu.

Pada 12 Ogos, Rushdie ditikam di bahagian leher dan perut oleh Hadi Matar, 24, ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York.

Rushdie dimasukkan ke hospital dan menggunakan bantuan ventilator.

Pada Ahad, Rushdie disahkan tidak lagi bergantung kepada bantuan ventilator dan mampu bercakap.

Rushdie ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya "The Satanic Verses" yang dikatakan menghina Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 2:37 PM