SALMAN Rushdie. FOTO EPA
SALMAN Rushdie. FOTO EPA
AP

New York: Salman Rushdie yang novelnya The Satanic Verses menyebabkan dia menerima ancaman daripada pemimpin Iran pada 1980-an, ditikam di leher dan abdomen pada Jumaat.

Dia ditikam oleh seorang lelaki ketika penulis kontroversi itu mahu menyampaikan ucapan di barat New York.

Rushdie, 75, dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter untuk ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan, kata polis.

Tiada maklumat mengenai statusnya ketika ini.

Polis mengenal pasti penyerang sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairview, New Jersey.

Suspek ditahan di lokasi kejadian.

Menurut polis, motif serangan masih belum jelas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 8:02 AM