POLIS bergegas ke lokasi selepas menerima aduan kejadian tembakan berkenaan. FOTO WFAA
POLIS bergegas ke lokasi selepas menerima aduan kejadian tembakan berkenaan. FOTO WFAA
AFP

Washington: Penerbangan dihentikan di lapangan terbang Love Field di Dallas, Texas, pada Isnin selepas seorang wanita melepaskan beberapa das tembakan ke udara di dalam terminal, kata polis.

Wanita berusia 37 tahun itu cedera ditembak oleh seorang pegawai polis selepas dia melepaskan tembakan ke siling dengan pistol, kata Ketua Polis Eddie Garcia.

Garcia memberitahu pemberita bahawa wanita itu turun di lapangan terbang, masuk ke tandas, muncul memakai pakaian berbeza dan melepaskan tembakan.

"Seorang pegawai polis di kawasan itu menembaknya di 'bahagian bawah kaki' dan dia ditangkap serta dibawa ke hospital, "katanya.

Tembakan itu mencetuskan adegan panik di lapangan terbang ketika penumpang melarikan diri untuk keselamatan, namun tiada mangsa lain yang cedera.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengeluarkan arahan menghentikan sementara penerbangan di lapangan terbang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2022 @ 10:03 AM