FOTO HIASAN. FOTO fail AFP
FOTO HIASAN. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Pegawai Rusia, baru-baru ini, melawat Iran dua kali untuk menilai dron tempur ketika Moscow berusaha untuk meningkatkan senjatanya untuk perang di Ukraine.

Perkara itu didedahkan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, tentera Iran menganjurkan dua pameran untuk delegasi Rusia di lapangan terbang Kashan pada 8 Jun dan 5 Julai.

Imej satelit yang dikeluarkan oleh Rumah Putih menunjukkan dron Shahed-191 dan Shahed-129 berada atau terbang berhampiran tapak pameran.

Rumah Putih berkata, awal minggu ini mereka percaya Moscow sedang mencari untuk memperoleh ratusan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan Tehran bersedia untuk melatih tentera Rusia untuk menggunakannya secepat mungkin.

"Kami menilai delegasi rasmi Rusia baru-baru ini menerima pameran UAV berkeupayaan serangan Iran," kata Sullivan pada Sabtu.

"Kami mengeluarkan imej yang dirakam pada Jun yang menunjukkan UAV Iran yang dilihat oleh delegasi kerajaan Rusia pada hari itu. Mereka menunjukkan minat yang berterusan untuk memperoleh UAV berkeupayaan serangan Iran.

"Dalam pengetahuan kami, ini adalah kali pertama delegasi Rusia melawat lapangan terbang ini untuk pameran sedemikian," tambah Sullivan.

John Kirby, jurucakap majlis keselamatan negara, memberitahu CNN minggu ini dron berkenaan boleh digunakan untuk peninjauan dan menghantar peluru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 10:31 AM