YOUNG  bersama patung yang dikatakan hilang dari Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
YOUNG bersama patung yang dikatakan hilang dari Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
Agensi

Texas:Pengumpul barang antik dari Amerika Syarikat tidak menyangka patung Roman dibeli pada harga AS$35 (kira-kira RM152) adalah monumen bersejarah yang dianggarkan berusia 2,000 tahun.

Laura Young membeli patung itu daripada sebuah kedai barangan terpakai pada 2018 atas dasar patung itu kelihatan 'lama' dan 'istimewa'.

"Di bawah sinar matahari, ia kelihatan sangat...sangat istimewa," katanya kepada San Antonio Express-News yang dilapor NBC News.

Terlalu istimewa hingga dia akhirnya mengenal pasti yang arca itu adalah marmar Julio-Claydian pada era Roman.

Ia mengambil masa bertahun untuk menentukan keaslian arca berkenaan dan selepas berbincang dengan pakar, Young akhirnya memaklumkan penemuan itu kepada kerajaan Jerman dan memulangkannya kepada Istana Pentadbiran Bavaria.

Sebelum itu, Young mahu patung berkenaan dipamerkan di negaranya dan membuat perjanjian untuk membenarkan ia dipamer di Muzium Kesenian Antonio.

"Ia sudah tersembunyi hampir 70 ke 80 tahun, jadi saya fikir ia layak untuk dipamerkan dan dikaji," kata Young.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 7:01 AM