SINNAMON membesar dengan baik selepas jalani pembedahan. FOTO Agensi
SINNAMON membesar dengan baik selepas jalani pembedahan. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah perubatan dengan menjalani pemindahan jantung dan timus pertama di dunia dalam prosedur yang boleh mengubah cara pemindahan organ dilakukan.

BBC News melaporkan Easton Sinnamon menjalani pembedahan dan doktor berharap prosedur itu berjaya dan mengurangkan peluang badannya daripada menolak organ yang didermakan itu.

Prosedur perintis itu dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya dan ia diharap boleh merevolusikan bidang pemindahan organ.

Tisu timus yang didermakan harus membantu menghentikan tubuhnya menolak jantung baharu.

Beberapa bulan selepas pembedahan, ujian mendedahkan Easton membesar dengan baik.

"Kami sangat teruja mengenainya. Konsep toleransi ini sentiasa diteruskan dalam prosedur pemindahan.

"Ini berpotensi untuk mengubah wajah pemindahan organ pepejal pada masa hadapan," kata seorang doktor, Joseph Turek dari Hospital Universiti Duke,

Kelenjar timus membantu perkembangan sel-T, yang melawan bahan asing dalam badan.

Doktor percaya pemberian tisu timus kultur Easton daripada penderma sama yang memberinya jantung berupaya membantu tubuhnya menerima tisu baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 7:01 AM