TINDAKAN wanita itu berswafoto mencetuskan perdebatan di media sosial. FOTO Twitter
TINDAKAN wanita itu berswafoto mencetuskan perdebatan di media sosial. FOTO Twitter
Agensi

Ottawa: Seorang wanita sempat berdiri di atas kereta sambil berswafoto sebelum kenderaan yang terkandas kerana ais itu mula tenggelam ke dalam sungai di di Manotick, Kanada.

Operasi menyelamatkan wanita itu sedang berjalan ketika dia berswafoto dengan keretanya yang mula tenggelam.

Kejadian itu berlaku kira-kira 4.30 pagi, 16 Januari lalu, menurut polis Ottawa.

Tindakan wanita itu berswafoto dalam keadaan genting itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.

Ada ciapan di Twitter yang mengecam tindakan wanita terbabit.

"Dia sempat berswafoto ketika orang ramai sedang bertungkus lumus mahu menyelamatkannya," kata ciapan itu.

Bagaimanapun, ada netizen yang memuji tindakan itu dengan menganggap wanita itu kekal tenang dalam keadaan bahaya itu.

Mereka yang terbabit dalam operasi itu mendapat pujian polis kerana bertindak pantas dengan menggunakan kayak bagi membawa wanita itu keluar dari kereta yang tenggelam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 9:42 AM