Kapal selam USS Connecticut. FOTO fail AFP
Kapal selam USS Connecticut. FOTO fail AFP
Agensi

Washington: Sebuah kapal selam tentera laut Amerika Syarikat (AS) dilengkapi nuklear melanggar satu objek ketika berada di bawah permukaan air di perairan antarabangsa di Laut China Selatan, kata pegawai.

The Guardian melaporkan, 11 kru cedera membabitkan dua yang mengalami kecederaan ringan, manakala yang lain mengalami luka dan lebam, kata pegawai.

Semua dirawat di kapal selam.

Kenyataan ringkas pada Khamis yang memberikan sedikit perincian mengenai kejadian itu menyatakan pada insiden itu, USS Connecticut tetap dalam "keadaan selamat dan stabil".

Selain itu, tidak ada kecederaan yang mengancam nyawa dan kapal selam masih beroperasi sepenuhnya.

Loji nuklear di dalam kapal selam itu juga tidak terjejas

"Sejauh mana kerosakan berlaku pada kapal selam yang lain sedang dikaji," kata kenyataan itu, sambil menambah kejadian itu akan disiasat.

Pertembungan itu berlaku di tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau ini, dan pada hujung minggu yang sama dengan kapal induk AS dan United Kingdom melakukan latihan ketenteraan dengan Jepun, Kanada, Belanda dan New Zealand di utara Taiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 10:36 AM