DONALD Trump. FOTO AFP s
DONALD Trump. FOTO AFP s
BERNAMA

Washington: Bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terkeluar daripada senarai Forbes untuk 400 individu terkaya di negara itu, pertama kali dalam tempoh 25 tahun.

Nilai kekayaan Trump dianggarkan AS$2.5 bilion (RM10.45 bilion) , menjadikannya kurang AS$400 juta (RM1.6 bilion) untuk memasuki senarai tahun ini.

"Jutawan hartanah masih kaya seperti tahun lalu, ketika dia berada pada tangga ke-399 dalam senarai, tetapi kekayaannya berkurangan AS$600 juta (kira-kira RM2.5 bilion) sejak awal pandemik," lapor Agensi Anadolu yang memetik majalah Forbes.

Ketika pandemik, saham teknologi, mata wang kripto, dan aset lain, melonjak, tetapi pasaran hartanah di bandar-bandar besar, merudum.

Menurut majalah berkenaan, Trump memperoleh sebahagian besar kekayaan daripada pasaran hartanah.

Antara 1997 dan 2016, Trump tersenarai dalam senarai Forbes 400 itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 9:49 AM