Andrew bersama anak dan isterinya. FOTO agensi
Andrew bersama anak dan isterinya. FOTO agensi

California: Seorang lelaki di Amerika Syarikat maut akibat Covid-19 selepas menangguhkan suntikan pertama vaksin kerana menderma darah.

Ini kerana garis panduan dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) memaklumkan mereka yang sudah menerima vaksin perlu menunggu tujuh hari sebelum menderma darah.

Andrew Killeen, 34, sempat membuat janji temu vaksinnya dalam keadaan dia mengalami gejala selesema sebelum keadaan kesihatannya bertambah buruk dan dikejarkan ke hospital.

Bapa dua anak itu, maut pada 10 Ogos lalu selepas tiga minggu menerima rawatan bantuan mesin pernafasan di unit rawatan rapi Hospital North Tees di Stockton.

Isterinya, Laura, 33, kesal dengan kematian Andrew dan jika suaminya tidak memikirkan orang lain (menderma darah dulu) pasti dia tidak kehilangan lelaki itu.

"Dia memang mahu sangat ambil vaksin. Jika dia bersikap pentingkan diri mesti dia masih hidup.

"Dia selalu buat kerja amal dan lakukan apa saja untuk orang lain.

"Dia berhati emas, berjiwa besar dan sangat kelakar," katanya dalam The Sun.

Katanya, semua ahli keluarga mereka positif Covid-19 dan menjalani kuarantin diri di rumah mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 6:50 AM