KERJA membersihkan runtuhan bangunan yang musnah akibat gempa bumi itu. FOTO AFP
KERJA membersihkan runtuhan bangunan yang musnah akibat gempa bumi itu. FOTO AFP
BERNAMA

Port-au-Prince: Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,189 orang, lapor Sputnik memetik Associated Press.

Menurut kenyataan agensi perlindungan awam gempa bermagnitud 7.2 itu melanda pantai Haiti pada Sabtu.

Perdana Menterinya Ariel Henry akan mengisytiharkan darurat dan menggesa supaya semua pihak bersolidariti menghadapi bencana itu.

Beberapa negara turut menyatakan kesediaan memberi bantuan kemanusiaan kepada Haiti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 2:08 PM