CRISTIAN Montenegro bersama Natalia dan ‘anak’ mereka. FOTO Agensi
CRISTIAN Montenegro bersama Natalia dan ‘anak’ mereka. FOTO Agensi
Agensi

Bogota: Lelaki Colombia menarik perhatian apabila mengesahkan dia sudah berkahwin dengan 'tunangnya' iaitu anak patung.

Cristian Montenegro, 27, dari Bogot, Colombia, sebelum ini menjadi tajuk utama selepas mendedahkan, 'tunangnya' iaitu anak patung diberi nama Natalia, 'melahirkan' anak ketiga mereka.

Cristian yang mendokumentasikan hubungan kontroversi mereka menerusi akaun media sosial @‌montbk959, berkongsi kisah bahawa dia 'berkahwin' baru-baru ini.

Dalam video klip, yang meraih 162,000 tontonan dan ribuan tanda suka, montaj video dan gambar 'hari bersejarah' mereka ditunjukkan, sebelum mereka bertukar ikrar perkahwinan.

"Kami membuka cinta baharu, jadi mulai sekarang, Natalia dan saya sudah berkahwin," katanya.

Dia dilihat memakai sut, manakala pasangannya dipakaikan dengan gaun pengantin.

Dilaporkan, Cristian mula 'menjalin hubungan' dengan Natalia selepas penat menjadi bujang selama beberapa tahun.

Mereka sepatutnya berkahwin tahun lalu, namun ditunda kerana 'kelahiran' anak lelaki mereka yang tidak dijangka.

CRISTIAN Montenegro bersama Natalia. FOTO Agensi
CRISTIAN Montenegro bersama Natalia. FOTO Agensi

Sebelum ini, Cristian berdepan dengan pengikutnya yang membangkitkan kebimbangan mengenai hubungan aneh itu.

"Jika bukan kerana anak patung (Natalia), saya akan lebih bersendirian.

"Sekurang-kurangnya saya mempunyai sesuatu. Dengan Natalia, kami menonton televisyen dan bercakap tentang segala-galanya.

"Orang luar tidak tahu betapa saya menyayanginya," katanya.

April lalu, Cristian berkongsi kemas kini terbaharu yang membimbangkan mengenai hubungan kontroversinya.

Dalam rakaman itu, dia berkongsi bahawa Natalia memerlukan 'rawatan kecemasan'.

Dalam video klip yang dikongsi dalam talian, anak patung itu ditunjukkan berbaring di belakang ambulans sementara paramedik merawatnya.

"Dia sakit kepala dan pengsan.

"Saya memanggil awak kerana saya tidak mahu dia mati, dia adalah ibu kepada anak saya," katanya sambil paramedik yang bertugas melayan kerana tidak mahu mengecilkan hatinya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2023 @ 3:07 PM