TANGKAP layar video di TikTok menunjukkan seekor anjing menolak kerusi roda pemiliknya yang OKU. FOTO Agensi
TANGKAP layar video di TikTok menunjukkan seekor anjing menolak kerusi roda pemiliknya yang OKU. FOTO Agensi
Agensi

Mexico City: Tular di TikTok video seekor anjing peliharaan menunggu lampu isyarat bertukar hijau sebelum menolak kerusi roda pemiliknya yang juga orang kurang upaya (OKU) bagi menyeberang jalan di Ecatepec, Mexico, pada Khamis.

Metro UK melaporkan rakaman video itu menunjukkan anjing terbabit dan pemiliknya melintas jalan di laluan dalam daerah yang sibuk itu.

Video itu disiarkan oleh pengguna TikTok @brendabriones9 yang kedengaran berkata, "Oh cantiknya!"

Klip video itu mendapat perhatian meluas di laman sosial dengan rata-rata netizen memuji haiwan berkenaan kerana kesetiaannya.

"Haiwan tidak menilai, jangan mendiskriminasi (dan) jangan mengejek dari jauh," tulis seorang pengguna.

"Anjing yang baik. Ada banyak anjing mempunyai hati yang lebih baik (daripada) banyak manusia," tulis seorang pengguna TikTok.

"Anjing (yang) mampu melakukan itu bukti persahabatan sejati dengan kesetiaan," tulis seorang lagi pengguna.

Bulan lalu, penyelidik menemukan petunjuk genetik bagaimana anjing menjadi kawan baik manusia.

Satu kajian dari Universiti Azabu, Jepun, mencadangkan mutasi dalam gen yang membabitkan pengeluaran kortisol hormon tekanan mungkin memainkan peranan dalam pembiakan anjing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 7:01 AM