YouTube Shorts
YouTube Shorts
Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Platform video terbesar di dunia, YouTube mengumumkan versi beta YouTube Shorts di negara ini.

  YouTube Shorts adalah sebuah platform rakaman video pendek dan ia memberi peluang kepada semua pengguna saluran berkenaan untuk berkongsi apa juga kandungan.

  Sejak diumumkan pada pertama kalinya pada September tahun lalu, YouTube meluaskan jangkauan Shorts ke 26 buah negara dan kini akan disediakan lebih daripada 100 buah negara di seruruh dunia yang mempunyai kehadiran YouTube.

  Walaupun video berbentuk singkat sudah boleh ditonton di platform berkenaan, pengguna di seluruh dunia akan boleh mengakses alat-alat penciptaan Shorts untuk kali pertama dan ini termasuk sebuah kamera berbagai segmen untuk menjalinkan bersama pelbagai klip video, kebolehan untuk merakam dengan muzik, kawal tetapan kelajuan dan lain-lain.

  Platform berkenaan juga membolehkan pengguna memasukkan teks di titik-titik tertentu dalam video, keterangan (kapsyen) secara automatik dalam Short pengguna.

  Ia juga mampu untuk merakam hingga 60 saat dengan kamera Shorts bersama-sama memasukkan klip daripada galeri telefon pengguna.

  Ciri-ciri terbaharu juga termasuk kebolehan untuk sampel audio bukan sahaja daripada Shorts lain, tetapi juga video-video lain di YouTube.

  Ia adalah mirip kepada kefungsian TikTok yang menawarkan rakaman pendek serta beberapa ciri lain untuk menggalakkan pengguna menghasilkan kandungan lebih menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 2:18 PM