TANGKAP layar video dimuat naik Abang Tesla di TikTok.
TANGKAP layar video dimuat naik Abang Tesla di TikTok.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kita semua".

Itu keterangan atau kapsyen yang ditulis Abang Tesla atau nama sebenar Mohammad Khaliltizam Yusri, 28, pada hantaran video yang baharu dimuat naik di aplikasi TikTok hari ini.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan Abang Tesla memeluk erat kedua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari (isteri pertama) dan Nur Syafiqah Mohd Hanafi (isteri kedua) sambil berjalan.

Menerusi hantaran video lain, Abang Tesla hanya meletakkan tanda pagar #selamatkanrumahtangga juga memaparkan dia beraksi mesra bersama kedua isterinya.

Difahamkan video itu dirakam di Turkiye lokasi mana Abang Tesla sedang bercuti sebelum menunaikan ibadah umrah seperti yang dikongsikan di Instagram sebelum ini.

Video berkenaan mendapat komen dan reaksi positif dalam kalangan warga maya di TikTok.

"Semoga Cheeka (Syafiqah) dan Kak Maj terus kuat, jadi isteri yang baik. Semoga Abang Tesla adil untuk keduanya," tulis seorang pengguna.

"Majdina berseri-seri muka sejak bermadu. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang luar biasa untuk dia. Moga-moga dia dapat menimang cahaya mata dengan segera berkat sabarnya," tulis seorang lagi warganet.

Video itu sudah mencecah 1.8 juta tontonan, lebih 88,000 tanda suka dan 4,900 komen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2023 @ 11:33 PM