KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO EPA
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO EPA
BERNAMA

Mexico City: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam kejadian landasan kereta api runtuh di selatan Mexico City pada Isnin malam, lapor Agensi Berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha kerajaan Mexico City, Alfonso Suarez del Real berkata, anggota penyelamat termasuk bomba sedang menjalankan misi menyelamat mangsa yang terperangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 2:34 PM