BOKO Haram, gambar fail. FOTO Agensi
BOKO Haram, gambar fail. FOTO Agensi
Bernama-Anadolu

Abuja: Sekurang-kurangnya 10 individu terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh Boko Haram di timur laut Nigeria di negeri Borno, lapor Agensi Anadolu pada Ahad.

Organisasi pengganas itu menyasarkan pekerja di ladang, dengan sembilan lagi mangsa diculik, menurut akhbar harian Nigeria, The Punch.

Sejak kemunculannya pada awal 2000-an, Boko Haram menjadi ancaman di Nigeria, mengakibatkan puluhan ribu nyawa terkorban akibat keganasan besar-besaran sejak 2009.

Selain itu, kumpulan itu telah melanjutkan operasi keganasannya ke negara jiran, termasuk Cameroon, Chad, dan Niger, sejak 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2023 @ 2:44 PM