FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Maputo: Sebanyak 86 ikan lumba-lumba ditemukan mati, pada Selasa, di sebuah pulau di luar persisir selatan Mozambique.

Bagaimanapun, sebab kematian hidupan itu masih belum dipastikan, kata kementerian alam sekitar negara itu.

Sebelum ini, pada Ahad, ikan lumba-lumba turut ditemukan mati di lokasi sama, menjadikan jumlah hidupan itu yang ditemukan mati kepada 111.

Pulau itu terletak di Selat Mozambique, antara pantai Mozambique dan Madagascar.

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian hidupan itu.

Pengkaji tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau bahan asing di dalam sistem pencernaan ikan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 8:52 AM