Jakarta: Mengejutkan apabila pemilik sebuah pusat urut Wijaya di Kebon Jeruk, Jakarta Barat yang disahkan positif Covid-19 nekad 'terjun' dari ambulans.
Malah, wanita terbabit berlari di tengah-tengah peserta demonstrasi sebelum menghilangkan diri.
Ketua Pusat Sosial Bina Karya Wanita Harapan Mulia Kedoya, Susan J Zulkifli berkata, kejadian itu berlaku pada 8 Oktober lalu ketika ambulans mahu membawa wanita itu ke Wisma Atlet Kemayoran.
Portal Kompas melaporkan wanita itu terjun dari ambulans dan bercampur dengan penunjuk perasaan demonstrasi Undang-Undang Cipta Kerja.
"Sehingga kini kami masih mencari wanita itu yang hilang bersama penunjuk perasaan," katanya.