RAFIKI. Foto Agensi
RAFIKI. Foto Agensi
Agensi

Uganda: Pembunuh ketua gorila gunung terkenal di dunia, akhirnya dijatuhi hukuman penjara 11 tahun.

Aktivis Hak Asasi Haiwan lega selepas pembunuh Rafiki, seorang pemburu haram, Felix Byamukama mengaku salah memasuki kawasan perlindungan dan menikam haiwan itu.

Haiwan yang dianggarkan berumur 25 tahun itu adalah spesies terancam silverback dan ketua 17 kumpulan gorila gunung.

Rafiki mati dibunuh Byamukama di Taman Nasional Bwindi di Uganda yang terkenal dalam kalangan pelancong.

FELIX Byamukama mengaku salah membunuh Rafiki. FOTO Agensi
FELIX Byamukama mengaku salah membunuh Rafiki. FOTO Agensi

Laporan bedah siasat mendedahkan punca kematiannya disebabkan kecederaan daripada alat tajam yang ditikam di perutnya.

Terdapat hanya 1,000 gorila gurung dan mereka disenaraikan sebagai spesies terancam sehingga 2018.

Rafiki dilaporkan hilang pada 1 Jun lalu sebelum bangkainya ditemui pada keesokannya.

Byamukama mengaku kepada pihak berkuasa, dia sedang memburu haiwan kecil ketika diserang Rafiki yang sebelum dibunuh kerana mempertahankan dirinya.

Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda, Sam Mwandha menyuarakan kelegaan selepas kematian Rafiki mendapat pembelaan.

"Ini seharusnya dijadikan contoh kepada mereka yang membunuh hidupan liar.

"Jika seorang membunuh hidupan liar, kita semua akan hilang. Jadi saya mohon setiap orang untuk menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar untuk generasi akan datang," katanya.

Tiga yang lain menafikan pembabitan mereka dalam pembunuhan Rafiki dan dipenjara menunggu perbicaraan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 2:32 PM