GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 68,212 kes baharu dalam tempoh 24 jam, lapor Universiti Johns Hopkins, pada Sabtu.

Angka itu membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 4.1 juta kes jangkitan, kata universiti berpangkalan di Baltimore itu pada 8.30 malam waktu tempatan.

Selain itu, sebanyak 1,067 kematian dilaporkan dan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan bagi seluruh negara berjumlah 146,391 orang.

Selepas menyaksikan penurunan kes jangkitan pada penghujung musim luruh, AS kini dilihat mula mencatatkan peningkatan mendadak kes terutamanya di kawasan selatan dan barat negara itu seperti California, Texas, Alabama dan Florida.

Dalam tempoh 12 hari lalu, jumlah kes baharu dilaporkan meningkat sehingga 60,000 sehari.

Saintis bersetuju peningkatan kematian disebabkan lonjakan kes jangkitan dalam tempoh tiga hingga empat minggu.

Jumlah kematian harian untuk tempoh empat hari lalu mencecah 1,000 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 12:16 PM