OPERASI memadam kebakaran kapal USS Bonhomme Richard. FOTO AFP
OPERASI memadam kebakaran kapal USS Bonhomme Richard. FOTO AFP
BERNAMA

Lapan belas anak kapal cedera dalam kebakaran kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Tentera Laut San Diego, California, pada Ahad pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa.

Kesemua kru kapal USS Bonhomme Richard itu dipindahkan ke hospital tempatan dengan kecederaan ringan, memetik Twitter Tentera Laut Surface, US Pacific Fleet, sambil menambah bahawa semua anak kapal yang berada di luar kapal dilaporkan selamat.

Kira-kira 160 kru berada di atas kapal berkenaan ketika kebakaran dipadamkan sekitar 8.30 pagi waktu tempatan, menurut ciapan tersebut.

Kapal berkenaan sedang diselenggara dan jumlah anak kapal adalah 1,000, kata Angkatan Laut AS.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 1:23 PM