MAJEED menarik bas yang turut dinaiki 15 penumpang dalam acara yang diadakan di pasar utama di Erbil.
MAJEED menarik bas yang turut dinaiki 15 penumpang dalam acara yang diadakan di pasar utama di Erbil.
Agensi

Baghdad: Seorang atlet angkat berat Iraq cuba mencipta rekod dunia dengan menarik bas dua tingkat sejauh 51.8 meter di wilayah Kurdistan.

Majeed Yehya, 51, yang juga pemilik gimnasium menarik bas yang turut dinaiki 15 penumpang dalam acara yang diadakan di pasar utama di Erbil.

Video dan bukti lain cubaan mencipta rekod itu sudah diserahkan kepada pejabat Guinness World Records untuk pengesahan.

Majeed berkata, dia berharap penilai Guinness World Records dapat hadir ke Erbil untuk menyaksikan cubaan terbaharunya kelak.

Lelaki itu bercadang untuk menarik kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Erbil.

Selepas bekerja keras membina otot sejak 30 tahun lalu, Majeed berharap rekod yang diciptanya itu mendapat pengiktirafan Guinness World Records.

"Saya berharap wakil Guinness World Records dapat datang ke Erbil untuk menyaksikan cubaan menarik kapal terbang.

"Semua bukti video berkaitan ciptaan rekod ini sudah dihantar untuk disemak dan diiktiraf," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 7:00 AM