KEADAAN demonstrasi berkenaan. FOTO AFP
KEADAAN demonstrasi berkenaan. FOTO AFP
AFP

Minneapolis: Polis di Minnesota, Amerika Syarikat terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang menghampiri balai polis.

Polis sebelum ini tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap peserta demonstrasi berkenaan bagi mengelak situasi semakin buruk.

Tunjuk perasaan itu susulan demonstrasi yang sudah berlarutan beberapa hari bagi membantah kematian seorang lelaki berkulit hitam yang tidak bersenjata, dalam satu tangkapan di bandar itu, Isnin minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 11:16 AM