AFP

FRANKFURT: Menteri Kewangan Hesse, sebuah negeri di Jerman membunuh diri selepas dipercayai terlalu bimbang dengan kesan Covid-19 terhadap ekonomi.

Thomas Schaefer, 54, ditemui mati di landasan kereta api pada Sabtu.

Pihak pendakwa raya percaya kejadian itu adalah bunuh diri.

“Kami terlampau terkejut, seakan tidak percaya dan sangat-sangat sedih,” kata Perdana Menteri Hesse, Volker Bouffier, pada Ahad.

Hab kewangan Jerman, Frankfurt terletak di Hesse.

Syarikat kewangan utama seperti Deutsche Bank dan Commerzbank turut mempunyai ibu pejabatnya di sini.

Selain itu, ibu pejabat Bank Pusat Eropah juga terletak di Hesse.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 11:02 AM