Menteri Kesihatan Cyprus Constantinos Loannou ketika sidang media mengumumkan kes pertama Covid-19 di negara itu. FOTO Reuters
Menteri Kesihatan Cyprus Constantinos Loannou ketika sidang media mengumumkan kes pertama Covid-19 di negara itu. FOTO Reuters
Reuters

ATHENS: Hospital terbesar di Cyprus terpaksa menghentikan sebahagian perkhidmatannya selepas seorang doktor di situ positif Covid-19.

Doktor berusia 64 tahun itu disahkan positif wabak berkenaan ketika bergegas untuk wad pembedahan jantung.

Dia antara dua individu yang disahkan menjadi kes pertama di negara pulau berkenaan.

Berkuat kuasa hari ini, semua kemasukan pesakit, klinik pesakit luar, pembedahan dan lawatan di hospital berkenaan digantung untuk 48 jam.

Pembedahan kardiologi juga ditangguhkan dan semua pesakit dibenarkan keluar dari hospital, bergantung kepada tahap kesihatan mereka.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 2:03 PM