GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

TESCO PLC bersetuju menjual operasinya di Thailand dan Malaysia pada harga AS$10.6 bilion (RM44.8 bilion), kepada Charoen Pokphand Group (CP Group), syarikat pelaburan di Thailand.

Ia adalah sebahagian daripada peancangan untuk memberi tumpuan semula kepada pasaran Britain.

Selepas keluar dari Korea Selatan pada 2015, syarikat berkenaan mula menyemak semula operasi perniagaan di Asia sejak tahun lalu.

Susulan penjualan itu, Tesco juga akan memulangkan 5.0 bilion pound (RM21 bilion) kepada pemegang saham menerusi dividen khas.

Beberapa syarikat milik CP Group akan membeli unit itu untuk nilai perusahaan bersamaan dengan 8.2 bilion pound (RM44.8 bilion).

Tesco mempunyai lebih daripada 2,000 rangkaian pasar raya dan kedai di Thailand di bawah jenama Lotus Tesco.

Rantaian itu diasaskan oleh CP Group pada 1994 dan kemudian diambil alih oleh firma British, menurut laman web syarikatnya.

Di Malaysia, Tesco mempunyai lebih daripada 70 rangkaian dengan konglomerat Sime Darby Bhd memiliki 30 peratus kepentingan dalam Tesco Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 8:49 PM