PENUMPANG kapal Diamond Princess ketika menjalani kuarantin. FOTO AFP
PENUMPANG kapal Diamond Princess ketika menjalani kuarantin. FOTO AFP
AFP

TOKYO: Seramai 99 lagi penumpang sebuah kapal persiaran yang sebelum ini dikuarantin di pelabuhan Yokohama, dilaporkan positif koronavirus baharu (Covid-19).

Media tempatan melaporkan ia menjadikan jumlah individu yang disahkan dijangkiti di dalam kapal berkenaan meningkat kepada 454 orang.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Jepun enggan mengesahkan laporan berkenaan.

Kapal persiaran Diamond Princess menjadi kluster kedua terbesar di luar China bagi wabak berkenaan.

Sebelum ini, penumpang kapal diarah berada di dalam kabin dengan sesekali dibenarkan ke dek, tetapi perlu memakai penutup mulut dan hidung.

Tempoh kuarantin berakhir Rabu lalu dengan banyak negara memutuskan untuk membawa balik rakyat mereka.

Sementara itu, 65 kes Covid-19 direkodkan di Jepun.

Susulan itu, pihak berkuasa memberi amaran wabak itu memasuki fasa baharu di negara berkenaan.

Rakyat Jepun diminta supaya tidak menghadiri perjumpaan membabitkan banyak orang.

Selain itu, acara awam untuk menyambut keputeraan Maharaja Jepun, sudah dibatalkan.

Pada masa sama, penganjur Maraton Tokyo sedang mempertimbang untuk membatalkan acara berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 5:31 PM