GAMBAR fail menunjukkan Putera Harry (kanan) dan isterinya, Meghan Markle. FOTO Reuters
GAMBAR fail menunjukkan Putera Harry (kanan) dan isterinya, Meghan Markle. FOTO Reuters
AFP

London: Putera Harry meninggalkan United Kingdom untuk menyertai isteri, Meghan Markle dan anak mereka Archie, di Kanada.

Media Britain melaporkan bahawa Harry berlepas ke negara itu selepas melunaskan tigas rasmi terakhirnya.

Berdasarkan akhbar The Sun, Harry menaiki penerbangan 5.30 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ke Vancouver.

Media sebelum ini melaporkan Harry dan Meghan bersetuju melepaskan gelaran diraja dan berhenti daripada menerima dana awam, sebagai sebahagian penyelesaian dengan Ratu Elizabeth II bagi mereka memulakan kehidupan baharu di luar monarki British.

Ini bermakna Harry selaku cucu kepada Ratu Elizabeth II dan isterinya, pelakon Amerika Syarikat (AS), tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’, nasib sama seperti ibunya, mendiang Puteri Diana selepas bercerai dengan Putera Charles pada 1996.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 1:59 PM