POLIS melakukan rondaan di lokasi kejadian. FOTO Agensi
POLIS melakukan rondaan di lokasi kejadian. FOTO Agensi
Agensi

London: “Tolong, saya ditikam.” Itu jeritan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun selepas menjadi mangsa serangan seorang lelaki Asia.

Penyerang berkenaan digambarkan lelaki Asia bertubuh gempal melarikan diri selepas mengelar mangsa di Belper Street, Leicester, petang kelmarin.

Polis kini memburu lelaki itu dan kanak-kanak berkenaan yang dikelar di leher kini dirawat di hospital.

Ibunya ketika ditemu bual The Sun berkata, dia menekan leher anaknya untuk menghentikan pendarahan dan terfikir mungkin akan kehilangan anaknya.

“Begitu banyak darah dan saya fikir dia akan mati. Saya terkejut.

“Penyerang itu adalah orang yang tidak dikenali, anak saya tidak mengenalinya dan separuh wajahnya dan kepala ditutup dengan ‘hood’. Selepas menikam anak saya, dia mula ketawa seperti orang tidak siuman,” katanya.

Polis berkata, kanak-kanak itu berada di Belper Street pada Sabtu lalu, jam 5.20 petang, apabila seorang lelaki Asia bertindak mengelar lehernya dan melarikan diri.

Orang awam kemudian menghubungi panggilan kecemasan dan dia dibawa ke Pusat Perubatan Queen di Nottingham, manakala ibunya tidak cedera.

Polis Leicestershire, Detektif Tim Lindley berkata, mereka kini memburu lelaki Asia berkulit cerah, usia pertengahan 20-an, agak gempal dan memakai jaket berwarna coklat ketika melakukan serangan.

“Ini adalah keganasan terhadap seorang kanak-kanak yang keluar berjalan bersama ibunya.

“Ia berlaku di kawasan kediaman yang menjadi tumpuan ramai, sama ada dengan berjalan kaki atau memandu. Kita perlu mencari siapa yang bertanggungjawab mencederakan kanak-kanak lelaki ini,” katanya.

Polis turut meminta orang tamai yang mengenali suspek atau mempunyai rakaman kejadian tampil membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 8:00 AM