Rakaman kamera menunjukkan suspek menendang dan mengheret teman wanitanya. FOTO AGENSI
Rakaman kamera menunjukkan suspek menendang dan mengheret teman wanitanya. FOTO AGENSI
Agensi

NEW YORK: Tindakan seorang lelaki menculik teman wanitanya memakan diri apabila dia ditahan polis selepas rakaman perbuatannya itu dirakam kamera, pada Rabu.

Darnell Rodgers, 23, dirakam menarik keluar teman wanitanya dari rumah sebelum menendang dan mengheret wanita itu masuk ke dalam kereta dalam kejadian di Warm Springs Road, menurut Metro Police.

Kapten Dennis O’Brien berkata, Rodgers ditahan jam 3 pagi pada Khamis dan dibawa ke Pusat Tahanan Clark Country dan berdepan dengan tuduhan menculik dan keganasan domestik.

Darnell Rodgers, 23, ditahan polis atas kesalahan menculik dan melakukan keganasan terhadap teman wanitanya. FOTO AGENSI
Darnell Rodgers, 23, ditahan polis atas kesalahan menculik dan melakukan keganasan terhadap teman wanitanya. FOTO AGENSI

Polis mendapat maklumat mengenai kejadian selepas rakaman video yang dibuat seorang wanita yang menyebut nama suspek selepas pihak berkuasa menerima laporan mengenai insiden berkenaan.

Berdasarkan siasatan lanjut, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa ketika di dalam kereta sebaik selesai sambutan tahun baru.

Sebaik tiba di depan rumah, wanita terbabit meluru keluar dari kereta sebelum suspek mengejar dan menendangnya lalu mengheret masuk semula ke dalam kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 3:29 PM