SEJUMLAH 229 menyokong undi tidak percaya terhadap Trump berbanding 198 yang menentang. FOTO AFP
SEJUMLAH 229 menyokong undi tidak percaya terhadap Trump berbanding 198 yang menentang. FOTO AFP
AFP

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan untuk mendakwa Presiden Donald Trump kerana menghalang Kongres, satu kesalahan yang boleh menyebabkan pemimpin itu dipecat.

Dalam undian itu, sejumlah 229 menyokong undi tidak percaya terhadap Trump berbanding 198 yang menentang.

Trump berdepan dua artikel undi tidak percaya iaitu salah guna kuasa dan menghalang Kongres di mana kedua-duanya diluluskan Dewan Perwakilan yang dikuasai majoriti ahli Demokratik.

Dewan mendakwa Trump dari Parti Republikan kerana penyalahgunaan kuasa selepas memperoleh undi tidak percaya 230 berbalas 197.

Presiden AS ke-45 itu adalah pemimpin ketiga dalam sejarah Rumah Putih yang akan didakwa.

Trump kini akan berdepan perbicaraan di Senat tetapi kemungkinan besar dia tidak akan dipecat kerana dewan itu dikuasai Republikan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 12:09 PM