KES polio di Pakistan melonjak dari 12 kepada 100 lebih dalam setahun. FOTO/AFP
KES polio di Pakistan melonjak dari 12 kepada 100 lebih dalam setahun. FOTO/AFP
Reuters

PESHAWAR: Seorang lelaki bersenjata menembak dan membunuh dua polis pengiring yang mengiringi pasukan pemvaksinan polio, hari ini, menyebabkan kempen imunisasi di daerah barat laut Pakistan dihentikan.

Serangan terdahulu dikatakan dipengaruhi ahli agama yang menyebarkan khabar angin palsu.

Serangan terbaru ke atas pasukan pemvaksinan berkenaan berlaku semasa kes polio di Pakistan melonjak dari 12 kepada 100 lebih dalam setahun, menjadikannya satu daripada tiga negara di dunia ini menghidapi penyakit endemik.

Jurucakap rasmi polis, Sultan Ghani, berkata anggota polis berkenaan ditembak ketika mengiringi pasukan pemvaksinan di Lower Dir.

“Kempen polio dihentikan selepas kejadian di kawasan terbabit,” katanya.

Daripada 104 jumlah kes polio di Pakistan, 75 daripadanya dilaporkan dari barat laut Pakistan iaitu rantau yang dikuasai pejuang Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 7:54 PM