GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

ATHENS: Seorang bayi yang baru dilahirkan terselamat daripada mati dimampatkan dalam pelongsor sisa apabila lori pelupusan sampah lambat tiba untuk melaksanakan proses itu.

Datuk bandar Kalamata, Thanassis Vassilopoulos berkata, bayi yang baru berusia beberapa hari itu ditemui beberapa meter di dalam corong sampah berkenaan di tengah bandar itu oleh seorang wanita yang datang memberi makanan kepada kucing dan anjing liar.

“Bayi itu amat bernasib baik kerana berlaku kelewatan dalam pengumpulan sampah untuk hari itu.

“Lori sampah bukan saja mengangkat sampah malah turut memampatkannya,” katanya kepada Alpha TV.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 7:36 PM