VILLA Union  selepas pertempuran senjata antara polis dan penceroboh, di perbandaran Villa Union,  Mexico. FOTO Reuters
VILLA Union selepas pertempuran senjata antara polis dan penceroboh, di perbandaran Villa Union, Mexico. FOTO Reuters
AFP

VILLA UNION (Mexico): Pasukan keselamatan Mexico memburu komando kartel dadah yang menjadi dalang pertempuran di pekan kecil Villa Union, Mexico hingga menyebabkan 22 orang maut.

Sekurang-kurangnya 60 anggota kumpulan itu menyerang bandar terbabit hujung minggu lalu dengan menembak berpuluh rumah serta dewan bandar raya sebelum melarikan tujuh tebusan termasuk lima kanak-kanak, lapor AFP.

Pihak berkuasa kemudiannya menghantar anggota tentera, pengawal negara dan polis sebelum berlakunya insiden berbalas tembakan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Seramai 22 mangsa yang maut termasuk dua kakitangan awam bandar itu yang diculik, empat anggota polis dan 16 penyerang, kata pihak berkuasa Coahuila.

Gabenor Miguel Angel Riquelme berkata, pihak berkuasa sudah menahan dua penyerang yang memberitahu penyiasat bahawa matlamat mereka adalah untuk menyerang Villa Union untuk mengancam kerajaan negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 12:18 PM