LETUPAN kereta di bandar Tal Abyad. FOTO/AGENSI
LETUPAN kereta di bandar Tal Abyad. FOTO/AGENSI
AFP

BEIRUT: Sembilan orang terbunuh dalam letupan kereta di bandar Tal Abyad, utara Syria hari ini.

Empat mangsa maut adalah orang awam termasuk dua kanak-kanak, kata Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia.

Setakat ini, belum ada pihak yang tampil mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Bandar Tal Abyad berdepan ancaman bom sejak tentera Turki dan proksi mereka di Syria merampas sebahagian daripada kawasan sempadan dari puak Kurdish bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 7:58 PM